Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Saturday, May 16, 2009


KAU AKAN SELALU BERDIRI DI SITU
[puisi sempena hari guru]
~ARAZMI SEMAN
SMK Temangan, Kelantan

kau telah memilih jalan itu
mengajar mereka untuk memerhati dan mengerti
menyusun bunga-bunga harapan menjadi kalam kebenaran
mengasingkan nestapa membangkit mimpi mewangi
bertahun kau menjahit kejahilan
menukarnya menjadi kepak bestari
menetas bingkai kekecewaan dan meramas duri sangsi
kau akan selalu berdiri disitu

sergah zaman dan kilau musim baru
membawa kita pada cabaran berbeza
kau tetap menunggu di pintu
membawa pedoman menempuh lorong berliku
dimanapun kau berdiri
suaramu akan membangkitkan gema kebenaran
memeta makna pada akal dan bijak tindakan
menjadi penyuluh pada segenap gelap dan kelam
kau akan selalu berdiri disitu
mengajar mereka tentang titik dan warna
menuju sebuah kedewasaan


Puisi ini pernah di siarkan di Radio Malaysia Kelantan
Rancangan: Sudut Karya
Pendeklamasi: Arazmi Seman
Penerbit: Tasikan Yusoff

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya mohon izin untuk memetik puisi indah saudara Arazmi Seman ini untuk disiarkan dalam Majalah Pendidik yang akan diedar oleh Kementerian Pendidikan ke sekolah-sekolah.

    ReplyDelete