Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Monday, June 22, 2009

Rindu Yang Terhukum


Rindu yang terhukum,

Dalam kelambu malam,

Kasih itu terkurung,

Dalam selimut sayang,

Bulan..,

Hulurkan jari jemari janji,

Dan ukirkan senyuman suci,

Pada seutas tali mimpi,

Yang telah terikat pada rumpun hati..

Mentari..,

Akan aku kembali ke sini,

Tatkala sinarmu menanti,

Kerana setiaku bersaksi,

Di bawah teduhan hari,

Menuju persinggahan ABADI..


Nukilan,

selasihbelantara,

Kuala Krai,

Kelantan.

Tuesday, June 16, 2009

Antara Semalam, Hari Ini dan Esok…


SEMALAM..,

Ketika aku tiba di pelabuhan ini,

Datangku dirai,

Hadirku dinanti,

Jelmaku diundangi,

Bagai tamu yang dihajati..

SEMALAM..,

Tatkala aku mula mencari erti,

Yang kulihat hanya perahu resah,

Beralun di atas lambungan ombak gundah,

Dan aku mula menyedari,

Bahawa telah tiada walau secalit indah,

Di penghujung pelangi pasrah..

HARI INI..,

Aku singgah lagi di pantai pasti,

Untuk menjenguk realiti diri,

Dan kulihat masih ada buih harap,

Yang sudi mengikis pasir pantai sepi,

Sehingga aku bisa menjalin ombak laut,

Menjadi teman harapan,

Serta,

Menganyam daun-daun kerinduan,

Menjadi lukisan kehidupan..

DAN ESOK..,

Andaikata aku datang lagi ke mari,

Dapatkah kuubah fantasi mimpi,

Setelah diri dimiliki,

Dan hati ditakluki,

Lalu sejambak kasih,

Dibayar dengan harga TERLALU TINGGI,

Demi sebuah harga diri,

Kerana aku seorang isteri,

Demi dia…..yang aku sayangi,

Dan demi penyerahan tulus suci,

Seorang isteri untuk seorang suami!


Nukilan,

Selasihbelantara(Mei 2006),
Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.

Friday, June 5, 2009

Pertemuan Antara Mentari Dan Bulan..


ANDAIKATA..,
Rembang petang,
Menyaksikan sebuah pertemuan,
Antara MENTARI dan BULAN,
Maka..,
Resahlah siang,
Gelisahlah malam.
ANDAIKATA..,
Bayu senja,
Bisa berkata-kata,
Maka dengarlah keluhan,
Tentang desir sang ombak,
Lalu..,
Ceritakan pada pantai,
Bahawa di pinggir bibir lautan,
Masih terkunci sebuah senyuman,
Yang bakal dijadikan hantaran,
Buat bahtera yang singgah berlabuh,
Jua..,
Buat camar yang kehilangan arah,
Serta..,
Buat hati yang kerinduan damai,
Tetapi..,
Masi belum termampu olehmu,
Mencari kebenaran itu,
Sehingga hatiku berkata,
Apakah ertinya senyuman,
Jika hanya sebagai perhiasan,
Dan..,
Apalah erti tangisan,
Jika hanya sebuah lukisan.

Catatan : Selasih Belantara (dalam kenangan) /KMS/ZZA.. PERTEMUAN ANTARA MENTARI DAN BULAN..
Tarikh Keramat : 29 Disember 2001/ 9 Februari 2006.