Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Saturday, July 25, 2009

Kisah Pembeli Rindu

Mungkinkah..,

Dapat aku membeli rindu,

Dengan harga yang terlalu mahal,

Sedangkan,

Sebuah cinta yang merekah,

Kian berlalu dari pesisir budi..

Mungkinkah..,

Dapat aku membeli rindu,

Kerana masih ada segenggam harap,

Ketika berdiri di arca bicara,

Dalam hanyir suara dusta..

Mungkinkah..,

Dapat aku membeli rindu,

Ketika calar mengguris hati?!

Nukilan,

Selasihbelantara,

Kuala Krai,

Kelantan Darul Naim.


Friday, July 10, 2009

Kilauan Mutiara (Antara Pengertian Hadith Dan Wanita)



Sesiapapun di kalangan WANITA-WANITA yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suaminya, bererti dia telah merosakkan tabir antara dia dengan Allah..

*************************************************************************************

WANITA merupakan sumber fitnah dunia yang utama. Perngkap syaitan untuk menjerumuskan lelaki ke dalam kesesatan. Syaitan laknatullah memanfaatkan kelemahan wanita untuk mempengaruhi lelaki yang sememangnya mempunyai rasa syahwat terhadap wanita..

*************************************************************************************

Sesungguhnya WANITA itu bila menghadap berupa syaitan dan bila membelakangi juga berupa syaitan. Jika seseorang di antara kamu yang tertarik dengan kecantikan seseorang, maka hendaklah dia mendatangi isterinya agar nafsu berahinya dapat disalurkan..

*************************************************************************************

Wahai sekalian WANITA, bersedekahlah kamu dan banyakkanlah memohon ampun dari Allah, kerana aku tahu bahawa kebanyakan daripada kamu akn menjadi penghuni neraka.

*************************************************************************************

Empat perkara yang mana jika diberi keempat-empat perkara ini, bererti dia telah perolehi sebaik-baik dunia dan akhirat, iaitu hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang sabar menghadapi dugaan dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak pula menzalimi suaminya..

*************************************************************************************

Janganlah kamu mengahwini WANITA kerana rupa parasnya yang cantik. Mungkin rupa parasnya membawa kepada kehancuran.. Jangan kamu kahwini WANITA kerana hartanya, mungkin harta akan membawa kepada kezaliman.. TETTAPI.., Kahwinilah WANITA kerana agamanya. Seorang WANITA yang hitam tetapi menghayati agama sepenuhnya adalah jauh lebih baik..

*************************************************************************************

Tidak perlu lagi bagi seorang mu’min setelah dia bertaqwa kepada Allah, keperluan lain baginya selain dari seorang isteri yang solehah. Jika dia menyuruh, isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada di rumah, dia menyimpan rahsia, menjaga maruah dan harta suaminya..

*************************************************************************************

Sesiapa di kalangan WANITA yang menyediakan walau hanya seteguk air untuk suaminya seolah-olah pahalanya sama seperti dia puasa sunat selama setahun..


..secangkir daripada hadith-hadith mengenai wanita..