Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Thursday, May 13, 2010

Sehari Dalam Sejarah



Sejarah yang berulang…

Tanggal 2 Mei 2010, tercatat sejarah kedua dalam hidupku stelah 4 tahun segalanya berlalu. Tarikh ini, tepat jam 11.40 malam, di Unit Kelahiran Hospital Kuala Krai, telah lahir seorang putera, cahaya mata kami yang kedua..

Muhd Amirul Fikri, nama diberi..

Berat 2.9 empunya diri..

Baby kecilku ini seiras abangnya, Amirul Ashraf.

ALHAMDULILLAH..,

Segala-galanya selamat, setelah 9 bulan menanti. Pada mulanya, kelahiran Amirul Fikri sejenak mengejutkan kami..

Apa tidaknya, telahan kami ternyata meleset sama sekali. Konon-kononnya, bayi yang kukandung selama 48 minggu ini bakal melahirkan seorang puteri, Nur Amirah Husna.. Tercipta sebaris nama tersimpan rapi di hati..

Sebaik sahaja suara Fikri didengari, suami yang setia di sisiku seolah-olah sinis memandang ke wajahku yang masih lesu terlantar di katil Labour Room itu..

Lantas seorang jururawat meletakkan baby kecil di atas dadaku.. “Baby awak lelaki”.. suara halus membisik di telingaku ini..

TUHAN..,

Apapun, segala nikmat kurniaanmu daku syukuri. Biarpun belum tertunai hajat di hati, namun aku yakin, ada Rahmat di sebalik yang Kau beri. Mudah-mudahan, kehadiran Fikri akan membawa sinar baru yang bergemerlapan dalam hidup kami. Dulu bertiga, kini berempat pula…

MUHD AMIRUL FIKRI..,

Ummi doakan, mudah-mudahan kamu bisa dewasa dengan penuh sinar keimanan.. dan moga-moga suatu hari nanti, kamu akan menjadi seorang ‘Ahli Fikir’ atau sekurang-kurangnya seorang pemikir yang bijaksana…

AAMEEN!!