Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Monday, April 26, 2010

Terima Kasih, Kekasih!


Terima kasih..,

Buatmu kekasih,

Kerana malam ini,

Kau telah menghadiahkan,

Untukku sebuah lena..

Terima kasih..,

Buatmu kekasih,

Kerana semalam,

Dan hari sebelumnya,

Aku pernah dibanjiri air mata,

Tapi setelah kau datang,

Kolam air mataku,

Mampu menjadi taman tawa ria!

Kekasih..,

Usah lagi kau menjenguk,

Tangkai kenangan dan putik duka,

Yang pernah singgah di jendela hidupmu,

Kerana itu hanya,

Mengalirkan kembali darah cinta,

Lalu selamanya dikau akan menahan rasa,

Perit dalam seksa!

Kekasih..,

Andaikata bahagia buatmu,

Dapat kubeli,

Maka akan aku hadiahkan,

Di hari lahirmu nanti,

Agar kemanisannya,

Dapat kau sentuh,

Dengan jemari rasa,

Dan keasyikannya,

Dapat kau takluki,

Sebagaimana yang kau hajati..

Kekasih..,

Ketika aku meletakkan,

Sekuntum haruman cinta,

Di dalam jambangan kasihmu,

Maka usah lagi dibiarkan,

Belantara hati ini,

Ditebas,

Diredahi,

Diterokai,

Dan dimiliki,

Oleh insan lain sejenismu..

Kekasih..,

Titipkanlah bahagia,

Tuliskanlah nama setia,

Pada sehelai daun putih,

Yang telah jatuh,

Di halaman hatiku,

Walau..,

Bukan bermodalkan harta,

Bukan beralaskan permata,

Namun..,

Janjikan aku sebuah bahagia,

Hingga ke penghujung usia!



Pena ilham,

KMS@selasih belantara,

Kuala Krai,

Kelantan.

No comments:

Post a Comment