Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Tuesday, April 28, 2009

Buat Seorang Suami


Terima kasih aduhai suami,

Kasih sayangku kusanjung tinggi,

Segala perintahmu kutaati,

Selagi tidak menyalahi Syariat Ilahi,

Terima kasih aduhai suami,

Kerana pernah hadir di sisi,

Menembusi tembok keterasingan

dunia hidupku yang tersendiri…

Terima kasih jua..,

Kerana berjaya mencairkan

tunas kasih di hati ini,

Yang selama ini membeku

buat seorang insan bernama lelaki…

Pernah suatu ketika..,

Belukar sempadan kasihku,

Telah kau terokai,

Kau redahi,

Kau tebas,

Hingga akhirnya bisa,

Menumbuhkan pohon-pohon sayang,

Rimbun menghijau di halaman rindu,

Lalu berbunga dengan haruman sewangi kasturi…

Percayalah..,

Kerana kau seorang suami,

Kasih sayangmu akan

Sentiasa kuhargai,

Selama mana cintamu mekar dihati..

Dan seabadinya

Hingga penghujung nanti..

No comments:

Post a Comment