Selamat Datang Ke Laman Blog Selasih Belantara...

Tuesday, June 16, 2009

Antara Semalam, Hari Ini dan Esok…


SEMALAM..,

Ketika aku tiba di pelabuhan ini,

Datangku dirai,

Hadirku dinanti,

Jelmaku diundangi,

Bagai tamu yang dihajati..

SEMALAM..,

Tatkala aku mula mencari erti,

Yang kulihat hanya perahu resah,

Beralun di atas lambungan ombak gundah,

Dan aku mula menyedari,

Bahawa telah tiada walau secalit indah,

Di penghujung pelangi pasrah..

HARI INI..,

Aku singgah lagi di pantai pasti,

Untuk menjenguk realiti diri,

Dan kulihat masih ada buih harap,

Yang sudi mengikis pasir pantai sepi,

Sehingga aku bisa menjalin ombak laut,

Menjadi teman harapan,

Serta,

Menganyam daun-daun kerinduan,

Menjadi lukisan kehidupan..

DAN ESOK..,

Andaikata aku datang lagi ke mari,

Dapatkah kuubah fantasi mimpi,

Setelah diri dimiliki,

Dan hati ditakluki,

Lalu sejambak kasih,

Dibayar dengan harga TERLALU TINGGI,

Demi sebuah harga diri,

Kerana aku seorang isteri,

Demi dia…..yang aku sayangi,

Dan demi penyerahan tulus suci,

Seorang isteri untuk seorang suami!


Nukilan,

Selasihbelantara(Mei 2006),
Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim.

No comments:

Post a Comment